Pusat Internet 1Malaysia Taman Bukit Inai telah ditubuhkan pada tanggal 1 Febuari 2016 dengan secara tidak rasmi.Pada masa itu kemasukan petugas di PI1M Taman Bukit Inai tersebut hanya seorang petugas sahaja iaitu penolong pengurus. Kemudian kemasukan pengurus PI1M Taman Bukit Inai pada awal bulan Mei 2016. Pengurus dan penolong pengurus PI1M Taman Bukit Inai telah mengikuti kursus latihan selama 14 hari di Subang untuk mempelajari segala sistem yang akan digunapakai di PI1M. Kursus tersebut telah dilaksanakan oleh pihak MSD-Digital Intelligence Sdn Bhd, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia (TM).
Setelah menjalani ‘Site Acceptance Test (SAT)’ oleh pihak SKMM dan TM, Pusat Internet 1Malaysia telah mula beroperasi secara rasmi pada 22 Julai 2016 dan boleh digunapakai oleh komuniti-komuniti setempat yang berdekatan di Taman Bukit Inai. PI1M Taman Bukit Inai juga berada di bawah seliaan Fasa 8 iaitu Fasa Clawback 2014. PI1M Taman Bukit Inai juga berada di bawah kluster PI1M Kuala Pilah iaitu bersama-sama PI1M Palong 2, PI1M Palong 5, PI1M Palong 7, PI1M Palong 11, PI1M Jemapoh, PI1M Senaling, PI1M Pedas dan PI1M Tampin.
Pusat Internet 1Malaysia taman Bukit Inai telah dirasmikan pada 30 November 2016 iaitu hari Rabu yang bertempat di Perkarangan Pusat Internet 1Malaysia Taman Bukit Inai. majlis perasmian tersebut telah dirasmikan oleh Encik Zul Hainan Bin An. Manap selaku Penghulu Mukim Nilai dari Pejabat Daerah Seremban.