mcmc
Maklumat AmMaklumat Setempat

Pendaftaran Sukarela PLKN 3.0 Tahun 2026 Kini Dibuka

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) membuka peluang kepada belia warganegara Malaysia berumur 18 hingga 25 tahun untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 secara sukarela bagi tahun 2026.

Bagi pelaksanaan tahun hadapan, sebanyak empat (4) siri pengambilan akan dijalankan. Belia yang berminat boleh membuat permohonan melalui pautan pendaftaran yang disediakan di bawah dan memilih siri yang paling sesuai dengan jadual masing-masing.

https://linktr.ee/PLKN3.0.OFFICIAL

Selain penyertaan sukarela, pemilihan calon PLKN secara sistem undian rawak (balloting) juga akan dilaksanakan bagi daftar kelahiran tahun 2008 yang akan diumumkan kelak.

Untuk maklumat terkini mengenai garis panduan, tarikh pengambilan, dan syarat penyertaan, sila layari:
👉 https://jlkn.mod.gov.my