Makanan

Makanan

WILLY SATAY 

Sate bukan menu makanan Melayu semata-mata. Sate turut popular di negara-negara Asia Tenggara lain. Di Benua Amerika Selatan iaitu di negara Guyana ada juga sate, tetapi saiznya lebih besar. Untuk kedai kami iaitu Willy Satay menyediakan manu sate dan nasi impit lain dari kedai sate yang terdapat di kawasan Nilai.

Alamat

:

PT 9910, Jalan 1/3G, Putra Point, Fasa 2, Bandar Baru Nilai 71800 Putra nilai, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi

:

1.00 tengah hari hingga 5.00 petang 

No Telefon

:

017-6716196 

Menu Makanan 

:

Sate ayam,daging,kambing,perut dan lontong.

 

 

D’ LAILA MEE UDANG

MMA Santai Corner merupakan sebuah medan selera dan mempunyai banyak kedai makanan di dalamnya. Namun terdapat sebuah kedai makanan yang sangat sedap dan menarik ramai pelanggan yang datang ke kedai tersebut iaitu D’ Laila Mee Udang. Mee Udang D’ Laila merupakan makanan yang paling popular dan mendapat banyak sambutan daripada pelanggan yang datang ke situ. Mee Udang di sini disajikan di dalam pelbagai pilihan saiz udang antaranya adalah udang saiz L, Udang Galah dan selain itu pelanngan juga boleh dengan ketam mahupun kupang. Harga bagi setiap mee udang adalah berbeza kerana bergantung kepada permintaan pelanggan. Harga mee udang saiz L adalah RM 12 sahaja dengan 10 ekor udang. Selain itu, antara yang menarik mee udang ini adalah persembahan makanan iaitu susun atur 10 ekor udang yang dibentuk menjadi kuntuman bunga di atas mee tersebut. Ini membuatkan pelanggan yang berkunjung di situ membuatkan mereka bertambah selera untuk menikmati mee udang tersebut.

Berikut adalah maklumat D’Laila Mee Udang :

D’LAILA MEE UDANG @ MMA SANTAI CORNER
Jalan BBN 1/1F, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Contact : 017-2253337
Waktu operasi : 6.00 petang – 12 tengah malam

mma06 mma04 meeudang

Sumber Rujukan : http://mohdzarin.com/blog/mee-udang-dlaila-mma-santai-corner/

 

CENDOL SAGU RUMBIA

Cendol sagu rumbia merupakan minuman yang unik dan sangat popular di kawasan Labu dan Nilai Negeri Sembilan. Cendol sagu rumbia ini berbeza daripada cendol-cendol yang terdapat di tempat-tempat makan yang lain. Antara bahan yang terdapat dalam cendol sagu rumbia tersebut adalah santan, gula merah dan sagu rumbia sahaja berbanding daripada bahan-bahan yang ada pada cendol biasa seperti kacang merah, jagung, dan cendol hijau. 

Cara penyediaan minuman ini ialah tepung sagu rumbia dicampurkan dengan tepung beras mengikut sukatan dan dibancuh dengan air yang dimasak dan dikacau hingga likat. Selepas itu, dimasukkan ke dalam acuan cendol dan dilenyek ke dalam bekas yang berisi air. Cendol dibasuh dan ditos airnya. Cendol Sagu Rumbia dicampurkan kuah gula dan santan. Harga bagi semangkuk cendol sagu rumbia ini adalah RM 2.50 sahaja dan pelanggan boleh memilih sama ada minum di kedai mahupun bungkus untuk dibawa pulang ke rumah. Selain itu, terdapat juga makanan-makanan yang lain dijual di kedai tersebut seperti rojak, karipap laksa dan pelbagai jenis makanan lagi.

  

 

MEE TARIK XINJIANG, BANDAR BARU NILAI

Mee tarik merupakan mee yang dibuat sendiri oleh tukang masak kedai tersebut. Mee tarik juga adalah berbeza daripada mee lain iaitu mee kuning dan mee maggie. Mee Tarik Xinjiang baru sahaja dibuka pada bulan November 2017 yang lalu yang berlokasi di Bandar Baru Nilai. Alhamdulillah, setakat ini sambutan daripada para pengunjung amat menggalakkan terutamanya daripada pengunjung lokasi tetap dan berhampiran. Selain itu, turut dikunjungi oleh pengunjung daripada luar kawasan Nilai seperti Bangi dan Kajang.

Alamat : Restoran Mee Tarik Xinjiang (Berhampiran Tesco Nilai)
              Bandar Baru Nilai
              71800, Nilai
              Negeri Sembilan.

Waktu Operasi : Isnin – Khamis / Sabtu & Ahad (11 Pagi-11 Malam)
                        Jumaat (3 Petang – 11 Malam)

 

Sumber Rujukan : https://foursquare.com/v/mee-tarik-xinjiang/59c678cdbed4836f0e60a165/photos

 

SEMANGKUK

Kedai makan semangkuk yang merupakan kedai makan yang menyediakan masakan berlaut. Antara tarikan menu masakan utama adalah masak lemak cili api. Terdapat pelbagai masakan masak lemak cili api yang disediakan seperti daging salai pucuk ubi, ikan patin masak tempoyak, ketam, telur rebus dan pelbagai lagi. Selain masakan lemak cili api, terdapat juga lauk lain seperti ikan keli, ikan talapia dan pelbagai sayur-sayuran sebagai makanan berlauk di situ. Ramai pelanggan yang hadir untuk makan di situ.

Alamat : Batang Benar, 71700 Mantin, Negeri Sembilan

Waktu Operasi : Hari Isnin – Ahad (Jam 9.00 Pagi – 6.00 Petang)

Sumber Rujukan : https://www.facebook.com/semangkukbb/?rdc=1&_rdr

 

LAKSA BUYONG IKAN SEKOR

Gerai Laksa Buyong Ikan Sekor merupakan gerai makan yang istimewa dan unik buat para pengunjung yg hadir ke tempat itu. Gerai tersebut menghidangkan menuutamanya adalah Laksa. Antara keunikan menu utama tersebut adalah kuah laksa tersebut dimasak di dalam buyong yang sangat besar dan semasa dihidangkan, laksa tersebut mempunyai seekor ikan rebus yang yang besar dan dihidangkan kepada pelanggan. Selain itu, terdapat juga menu lain yang disediakan seperti air batu campur, cendol tempurung, masakan panas dan kuih-muih serta minuman panas dan sejuk. Lokasi gerai tersebut adalah sangat strategik iaitu terletak diantara persimpangan laluan utama ke Nilai 3.

Alamat : Petronas Nilai Impian,71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi : Hari Isnin – Ahad (Jam 12.00 Tghari – 6.00 Petang)

Sumber Rujukan : https://www.facebook.com/Laksaikansekornilai/

 

D’ZAIRAQ STEAMBOT & GRILL

Dzairaq steambot & grill merupakan gerai makan ala-ala barat dan western yang berkonsepkan seperti ‘seoul garden’. Dzairaq steambot & grill menawarkan harga yang lebih murah berbanding tempat-tempat lain. Antara makanan yang disediakan adalah bebola ikan,sosej, ayam, sotong, kambing, sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, terdapat beberapa kemudahan yang turut disediakan kepada pelanggan yang hadir seperti kawasan parking, surau dan tempat penghawa dingin untuk keselesaan para pengunjung yang datang ke gerai itu.

Alamat : PT4705 jalan 1/1 Taman Semarak 1, Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi : Hari Isnin – Ahad (Jam 6.00 petang – 12.00 tengah malam)

Sumber Rujukan : https://www.facebook.com/steamboatteam/