Tarikh | 20 Oktober 2024 |
Masa | 10:00 am – 12:00 pm |
Lokasi | NADI Taman Bukit Inai |
Peserta | Pelajar Sekolah Rendah & Sekolah Menengah |
Tujuan :
Untuk memberi penerangan kepada peserta berkaitan taklimat Pertandingan Saringan Mobile Legend Bang Bang yang bakal berlangsung dan juga memberi pendedahan kepada pelajar mengenai apa itu e-Sukan (e-Sport).
Aktiviti :
Petugas membentangkan pengenalan e-Sukan dan bagaimana e-Sukan boleh dijadikan sebagai kerjaya. Kemudian barulah petugas memberi taklimat berkaitan pertandingan, sistem pertandingan dan juga peraturan pertandingan. Selesai taklimat, petugas membuka sesi soal jawab untuk menguji kefahaman para peserta.