Dataran Nilai lebih menampakkan ciri Negeri Sembilan dengan terdirinya Menara Jam dan pembinaan pusat kraftangan yang menonjolkan binaan seperti rumah di Kuala Pilah, Rembau dan Jempol. Dataran Nilai turut menyediakan padang permainan kanak-kanak dan padang bola untuk kegunaan orang ramai. Selain itu terdapat juga bangunan kraftangan, mini amphitheater, pentas, , pondok bas dan sebagainya. Dataran Nilai ini menjadi pilihan keluarga pada hujung minggu kerana ia terletak di tengah bandar. Ia juga mungkin boleh dijadikan alternatif kepada warga luar yang mahukan pemandangan baru.
Lokasi
Jarak antara Dataran Nilai dengan Taman Bukit Inai adalah sejauh 8.5 kilometer lebih kurang dalam 8 minit untuk ke sana.
Sumber :-
Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan