mcmc
Kesihatan

COVID-19 : PERKHIDMATAN PENGHANTARAN MAKANAN BERISIKO RENDAH UNTUK MENDAPAT DAN MENYEBARKAN JANGKITAN

Perkhidmatan penghantaran makanan menerusi ehailing selamat dan berisiko rendah untuk mendapat dan menyebarkan jangkitan.
Ini kerana perkhidmatan ini;

1.  Tidak berada rapat dengan pelanggan untuk tempoh masa yang lama.

2.  Berada di tempat yang terbuka.

3.  Transaksi pembayaran secara online.

4.  Komunikasi menggunakan telefon.

Untuk pengendali perkhidmatan COD

– Jangan beroperasi sekiranya anda bergejala
– Pastikan anda memakai penutup muka
– Kerap basuh tangan- sebelum dan selepas menyentuh bekas makanan
– Jangan berdiri terlalu rapat dengan pelanggan
– Bersihkan dan disinfeksi bekas penyimpan makanan 2 kali sehari
– Selepas pulang, basuh pakaian dengan sabun dan terus mandi

Untuk pelanggan

– Elakkan berdiri rapat dengan pengendali COD (social distancing)
– Pilih kaedah pembayaran secara online
– Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh bekas makanan
– Masukkan makanan ke dalam bekas makanan anda yang bersih

Sekiranya tidak sihat dan bergejala, jangan beroperasi, rehat dan dapatkan pemeriksaan di fasiliti berhampiran.

#StaySafe  #StayAtHome  #BreakTheChain