60 ribu pelajar IPTA/IPTS dan ribuan pelajar luar negara sedang berada di kampus masing-masing ketika ini. Mereka ingin pulang ke kampung halaman.
Nasihatkan kepada mereka, Jangan Pulang Lagi.
Ini antara sebab mengapa mereka tidak patut pulang ketika ini :
1. Risiko tinggi pada orang tua kita.
2. Pengorbanan selama 6 minggu seluruh rakyat Malaysia akan sia-sia.
3. Wabak akan lebih sukar dikawal dan melumpuhkan sistem kesihatan negara.
4. Untuk kuarantin semua pelajar pulang dari luar negara memerlukan kos yang sangat tinggi.
Kepada Mahasiswa/siswi di kampus, kami doakan agar anda tabah menghadapi dugaan. Teruskan berkorban untuk negara. Kerana kita semua sedang berkorban untuk kebaikan masa hadapan anda juga.
#StayAtHome #StaySafe
