Pembelajaran Sepanjang Hayat – CYBERSECURITY
Nama : Muhammad Rosyiid Anuar Bin Mohd Nor Anuar
Umur : 17 Tahun
Ahli : 21 Ogos 2022
Latar Belakang
Muhammad Rosyiid merupakan pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak. Beliau merupakan anak pertama daripada 4 orang adik beradik. Beliau berminat menggunakan komputer dan suka bermain permainan atas talian.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Sebelum mengikuti program-program di NADI, beliau sering menghabiskan masa menggunakan gajet dengan bermain permainan atas talian bersama kawan-kawannya.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan NADI
Selepas penglibatan beliau di NADI, beliau berminat dan tertarik dengan program-program perkhidmatan pintar yang dilaksanakan di NADI. Antara salah satu program yang beliau ikuti adalah kelas keselamatan siber dan program Catch The Flag (CTF) iaitu sebuah pertandingan berkenaan keselamatan internet.


