Pembelajaran Sepanjang Hayat – DILEA
Nama : Muhammad Danial Bin Mohd Hamidi
Umur : 17 tahun
Ahli : 4 Ogos 2023
Latar Belakang
Muhammad Danial merupakan pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak. Beliau merupakan anak pertama daripada 3 orang adik beradik. Beliau juga akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Sebelum menghadiri kelas di NADI, beliau sering belajar dan membuat ulangkaji di buku teks dan telefon sahaja. Namun kaedah pembelajaran tersebut sangat terbatas dan tidak memberi fokus kepada pembelajaran beliau.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan NADI
Selepas penglibatan beliau di NADI, beliau telah menyertai pelbagai kelas yang dianjurkan di bawah perkhidmatan pintar NADI iaitu kelas pembelajaran sepanjang hayat di bawah sub Dilea. Beliau mengikuti kelas secara atas talian setiap bulan di NADI dan program tersebut sangat membantu beliau di dalam pembelajaran. Selain itu, terdapat peningkatan kepada beliau dari segi pemarkahan di dalam peperiksaan. Beliau juga dapat mempelajari kaedah membuat nota ringkas dan mencari sumber rujukan di internet dengan betul dan tepat.


