mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK ICT : SUKU TAHUN 2/2025

Kesejahteraan Kendiri
Nama : Mariam Binti Yusof
Umur : 61 Tahun
Ahli : 10 Mac 2023

Latar belakang

Puan Mariam merupakan seorang warga emas yang berusia 61 tahun. Beliau seorang  yang sangat aktif dan sering menggunakan kemudahaan di NADI.  Beliau juga menggunakan NADI sebagai tempat untuk melakukan sebarang kerja-kerja dokumentasi di Excel.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum mengikuti program-program di NADI, beliau sering meminta bantuan kepada anak-anaknya untuk membuat kerja-kerja dokumentasi. Namun selepas anak-anaknya menyambung pengajian di IPT, selepas itu, beliau tiada tempat untuk memohon bantuan untuk membuat dokumentasi tersebut.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penglibatan beliau di NADI, beliau sangat teruja dengan kemudahan yang ada di NADI. Beliau banyak bertanya dan meminta tunjuk ajar kepada staff NADI berkenaan kerja-kerja dokumentasi. Beliau juga sering membuat pemeriksaan kesihatan di NADI bersama suami beliau. Tambahan pula, beliau mengikuti program-program perkhidmatan pintar di NADI seperti kelas khas mahir.