KELAS LATIHAN PENGURUSAN VIDEO PI1M BAHAGIAN 2
Tarikh : 28 Oktober 2017 (Ahad) Masa : Jam 10.00 Pagi – 3.00 Petang Lokasi : Sekitar kawasan PI1M Taman Bukit Inai Peserta : 9 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta dalam pementasan dunia lakonan. Selain tu, melatih para peserta dalam teknik-teknik lakonan yang betul antaranya termasuklah dari aspek penghayatan watak yang diberi dan penghafalan skrip lakonan yang telah direka. Tambahan pula, memberi keberanian dan keyakinan diri semasa berada di hadapan kamera.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan di dalam kelas tersebut adalah peserta diberi pendedahan mengenai lakonan di set lakonan yang sebenar. Selain itu, peserta diberi tunjuk ajar tentang bagaimana untuk menghayati watak yang dipegang semasa diset penggambaran. Peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran lakonan di dalam dunia lakonan semasa berhadapan di depan kamera.
Lampiran Gambar Aktiviti :
KELAS LATIHAN PENGURUSAN VIDEO PI1M BAHAGIAN 1
Tarikh : 27 Oktober 2017 (Sabtu) Masa : Jam 3.00 Petang – 5.00 Petang Lokasi : Sekitar kawasan PI1M Taman Bukit Inai Peserta : 9 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas tersebut diadakan adalah untuk memberi ilmu berkenaan teknik-teknik lakonan dan teknik untuk membangunkan papan cerita bagi sesebuah video sebagai gambaran dan melancarkan lagi perjalanan cerita. Para peserta diajar untuk mendialogkan skrip dengan mengikut nada antonansi yang sesuai dengan jalan cerita.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan di dalam kelas tersebut adalah peserta diberi pengenalan mengenai langkah dalam pembangunan sesebuah video yang ingin dicipta. Selain itu, peserta diberi tunjuk ajar tentang cara untuk menghasilkan papan cerita dan gambaran video yang baik dan berkualiti. Peserta diajar cara-cara untuk mendapatkan emosi dan shot gambaran yang cantik semasa melakukan penggambaran video.
Lampiran Gambar Aktiviti :
KLIK DENGAN BIJAK : MAKLUMAT PALSU
Tarikh : 22 Oktober 2017 (Ahad) Masa : Jam 1.00 Tengahari – 2.00 Petang Lokasi : Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai Peserta : 8 Orang (AJK Masjid & Surau Nilai, Negeri Sembilan) |
Tujuan :
Kursus Media Sosial yang dianjurkan oleh pihak SKMM dengna kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan telah mengarahkan Pusat Internet 1Malaysia untuk menjalankan bengkel media sosial kepada AJK masjid dan Surau berhampiran untuk mempelajari pengurusan media sosial, dan langkah-langkah keselamatan media sosial.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan di dalam kelas tersebut adalah peserta diberi penerangan mengenai kesan dan akibat jika terlibat dalam maklumat palsu. Selain itu, peserta diberi penerangan dalam langkah-langkah keselamatan dalam setiap maklumat yang diterima daripada media sosial atau media cetak. Peserta diberi tunjuk ajar untuk mengenalpasti kesahihan setiap maklumat yang diterima sebelum melakukan perkongsian di media sosial.
Lampiran Gambar Aktiviti :
KLIK DENGAN BIJAK : ONLINE GROOMING
Tarikh : 22 Oktober 2017 (Ahad) Masa : Jam 12.00 Tengahari – 1.00 Tengahari Lokasi : Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai Peserta : 8 Orang (AJK Masjid & Surau Nilai, Negeri Sembilan) |
Tujuan :
Kursus Media Sosial yang dianjurkan oleh pihak SKMM dengna kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan telah mengarahkan Pusat Internet 1Malaysia untuk menjalankan bengkel media sosial kepada AJK masjid dan Surau berhampiran untuk mempelajari pengurusan media sosial, dan langkah-langkah keselamatan media sosial dalam batasan memilih rakan di alam maya.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan di dalam kelas tersebut adalah peserta diberi penerangan mengenai kesan dan akibat jika terlibat dalam online grooming. Selain itu, peserta diberi penerangan dalam langkah-langkah keselamatan dalam penggunaan internet dan media sosial. Peserta diberi tunjuk ajar untuk menggunakan internet dengan cara yang betul.
Lampiran Gambar Aktiviti :
KELAS LATIHAN ICT : PENGURUSAN FACEBOOK DAN INSTAGRAM
Tarikh : 22 Oktober 2017 (Ahad) Masa : Jam 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari Lokasi : Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai Peserta : 8 Orang (AJK Masjid & Surau Nilai, Negeri Sembilan) |
Tujuan :
Kursus Media Sosial yang dianjurkan oleh pihak SKMM dengna kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan telah mengarahkan Pusat Internet 1Malaysia untuk menjalankan bengkel media sosial kepada AJK masjid dan Surau berhampiran untuk mempelajari pembangunan akaun facebook dan instagram. Selain itu, para peserta mempelajari cara untuk membuat tapisan tetapan media sosial.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan di dalam kelas tersebut adalah peserta diberi penerangan dan cara untuk membangunkan akaun facebook dan instagram. Selain itu, peserta diberi penerangan dalam langkah-langkah keselamatan dalam penggunaan media sosial. Peserta diberi tunjuk ajar untuk mengepos dan berkongsi maklumat di media sosial dengan cara yang betul.
Lampiran Gambar Aktiviti :
KELAS LATIHAN ICT : PEMBANGUNAN BLOG
Tarikh : 22 Oktober 2017 (Ahad) Masa : Jam 9.00 Pagi – 11.00 Pagi Lokasi : Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai Peserta : 8 Orang (AJK Masjid & Surau Nilai, Negeri Sembilan) |
Tujuan :
Kursus Media Sosial yang dianjurkan oleh pihak SKMM dengna kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan telah mengarahkan Pusat Internet 1Malaysia untuk menjalankan bengkel media sosial kepada AJK masjid dan Surau berhampiran untuk mempelajari pembangunan website untuk memudahkan perkongsian maklumat dan penyampaian sebarang aktiviti yang dirancang sebagai makluman komuniti luar.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan di dalam kelas tersebut adalah peserta diberi pendedahan mengenai cara mudah dan cepat untuk membangunkan blog. Selain itu, peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pembangunan blog . Para peserta dapat melatih peserta dari segi kreativiti dalam pembangunan blog. Tambahan pula, dapat mempromosikan dan mengembangkan lagi segala perniagaan dan perkhidmatan yang dijalankan melalui blog.
Lampiran Gambar Aktiviti :
KLIK DENGAN BIJAK : SEBENARNYA.MY
Tarikh : 22 Oktober 2017 (Ahad) Masa : Jam 9.00 Pagi – 11.00 Pagi Lokasi : Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai Peserta : 8 Orang (AJK Masjid & Surau Nilai, Negeri Sembilan) |
Tujuan :
Para peserta diberi taklimat berkenaan modul Sebenarnya.my untuk memberitahu kepada para pengguna tegar media sosial agar mengenalpasti kesahihan maklumat terlebih dahulu di portal sebenarnya.my sebelum menyebarkan sesuatu berita di media sosial. Tambahan pula, mengajar para pengguna tentang langkah-langkah keselamatan supaya tidak menyebarkan maklumat palsu di media sosial.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan di dalam kelas tersebut adalah peserta diberi pendedahan mengenai tujuan utama portal sebenarnya.my yang telah dibangunkan oleh pihak SKMM. Selain itu, peserta dapat mempelajari akan kesan dan akibat sekiranya menyebarkan maklumat palsu kepada orang lain. Para peserta dapat melatih peserta dari segi kreativiti dalam pembangunan blog. Portal sebenarnya.my dapat membantu orang ramai untuk mendapatkan berita-berita yang sahih sebelum disebarkan ke laman sosial.
Lampiran Gambar Aktiviti :
KELAS ICT : PEMBANGUNAN EMEL
Tarikh : 21 Oktober 2017 (Sabtu) Masa : Jam 12.00 Tengahari – 1.00 Tengahari Lokasi : Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai Peserta : 8 Orang (AJK Masjid & Surau Nilai, Negeri Sembilan) |
Tujuan :
Para peserta diberi penerangan mengenai pengurusan emel dengan betul. Para peserta juga diajar tentang cara membangunkan akaun emel yang baru sebagai kegunaan urusan rasmi. Emel merupakan aspek yang paling penting dalam penghantaran dan penyimpanan dokumentasi.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan di dalam kelas tersebut adalah peserta dapat mempelajari cara untuk membangunkan emel dengan betul. Selain itu, peserta dapat meningkatkan pengetahuan mengenai pentingnya emel kepada diri sendiri. Peserta dapat mempelajari cara untuk menguruskan emel dengan lebih tersusun dan kemas.
Lampiran Gambar Aktiviti :
TAKLIMAT DASHBOARD KOMUNITI BERSAMA AJK MASJID DAN SURAU SEMPENA KURSUS LATIHAN ICT (MEDIA SOSIAL)
Tarikh : 21 Oktober 2017 (Sabtu) Masa : Jam 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari Lokasi : Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai Peserta : 8 Orang (AJK Masjid & Surau Nilai, Negeri Sembilan) |
Tujuan :
Para peserta kursus diberi penerangan mengenai modul dashboard sebagai kemudahan komuniti setempat untuk mengetahui segala informasi dan aktiviti yang telah dirancang di kawasan komuniti tersebut. Aplikasi ini memudahkan komuniti agar mengetahui informasi dengan lebih cepat.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan di dalam kelas tersebut adalah peserta dapat mengetahui informasi dan fungsi utama dashboard dibangunkan untuk komuniti. Selain itu, peserta dapat menggunakan kemudahan tersebut untuk mempromosi produk, menyampaikan maklumat dan aduan kepada komuniti. Peserta dapat menggunakan peralatan kesihatan dan membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma di PI1M.
Lampiran Gambar Aktiviti :
TAKLIMAT PI1M BERSAMA AJK MASJID DAN SURAU SEMPENA KURSUS LATIHAN ICT (MEDIA SOSIAL)
Tarikh : 21 Oktober 2017 (Sabtu) Masa : Jam 10.00 Pagi – 11.00 Pagi Lokasi : Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai Peserta : 8 Orang (AJK Masjid & Surau Nilai, Negeri Sembilan) |
Tujuan :
Para peserta kursus diberi penerangan mengenai objektif utama PI1M terhadap komuniti. Selain itu, memaklumkan kepada komuniti tentang perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PI1M. Selain itu juga, komuniti dimaklumkan bahawa PI1M melaksanakan kelas latihan ICT secara percuma kepada ahli PI1M.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan di dalam kelas tersebut adalah peserta dapat mengetahui maklumat mengenai kepentingan PI1M kepada masyarakat komuniti setempat. Selain itu, memberi manfaat serta menjadikan Pi1M sebagai tempat mempelajari ilmu ICT kepada pelajar sekolah dan komuniti setempat. Tambahan pula, memberi pendedahan kepada peserta tentang perkhidmatan dan latihan yang dijalankan di PI1M.
Lampiran Gambar Aktiviti :
KLIK DENGAN BIJAK : KESELAMATAN MELAYARI INTERNET
Tarikh : 6 Oktober 2017 (Sabtu) Masa : Jam 3.00 Petang – 5.00 Petang Lokasi : Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai Peserta : 10 Orang |
Tujuan :
Petugas PI1M memberi taklimat mengenai langkah-langkah keselamatan untuk melayari internet. Para pelajar juga mengetahui akan kesan dan akibat jika menyalahgunakan penggunaan internet terhadap diri mereka. Para pelajar dinasihatkan agar melayari internet dengan betul agar tidak terjebak dengan isu penipuan internet.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan di dalam kelas tersebut adalah pelajar diberi pendedahan mengenai keselamatan dalam penggunaan internet. Selain itu, pelajar mengetahui tentang kebaikan dan keburukan dalam menggunakan internet. Tambahan pula, pelajar diberi latihan dengan melakukan tugasan mengenai beberapa langkah keselamatan internet.
Lampiran Gambar Aktiviti :