KELAS ICT : BENGKEL KDB 2017
Tarikh : 24 Disember 2017 (Ahad) Masa : Jam 10.00 Pagi – 5.00 Petang Lokasi : Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai Peserta : 9 Orang |
Tujuan :
Bengkel KDB telah disertai seramai 9 orang peserta yang terdiri daripada sekolah rendah dan menengah dalam lingkungan umur 10 tahun hingga 15 tahun. Bengkel KDB ini dijalankan adalah bertujuan untuk melatih peserta bengkel mengenai langkah-langkah keselamatan dalam penggunaan internet dan media sosial.
Aktiviti :
Para peserta bengkel KDB diberi penerangan mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh petugas PI1M sepanjang bengkel tersebut dijalankan. Peserta banyak melaksanakan tugasan pembentangan secara berkumpulan dengan berdasarkan tajuk tugasan yang diberi oleh petugas PI1M. Setiap tugasan yang diberi akan diambil markah dan dikumpul sehingga aktiviti selesai. Aktiviti pembentangan ini dilakukan agar para peserta faham dengan jelas akan keselamatan penggunaan internet.
Lampiran Gambar Aktiviti :
KELAS ICT : BENGKEL ICT 2017
Tarikh : 23 Disember 2017 (Sabtu) Masa : Jam 10.00 Pagi – 5.00 Petang Lokasi : Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai Peserta : 9 Orang |
Tujuan :
Bengkel ICT telah disertai seramai 9 orang peserta yang terdiri daripada sekolah rendah dan menengah dalam lingkungan umur 10 tahun hingga 15 tahun. Bengkel KDB ini dijalankan adalah bertujuan untuk melatih peserta bengkel mengenai penggunaan komputer dan perkongsian ilmu pengetahuan tentang dunia ICT.
Aktiviti :
Para peserta bengkel KDB diberi penerangan mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh petugas PI1M sepanjang bengkel tersebut dijalankan. Peserta banyak melaksanakan tugasan pembentangan secara berkumpulan dengan berdasarkan tajuk tugasan yang diberi oleh petugas PI1M. Setiap kumpulan dilatih untuk membuat pembentangan berdasarkan tajuk yang dipilih. Selain itu, setiap kumpulan diuji sejauh mana tahap kereativiti idea dalam menghasilkan teknologi pada masa akan datang. Tambahan pula, memupuk setiap peserta supaya sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan dan memberi idea dan cadangan dalam setiap penyelesaian masalah dalam tugasan.
Lampiran Gambar Aktiviti :
KELAS ICT : DASHBOARD KOMUNITI (MYHEALTH & MYPLACE)
Tarikh : 23 Disember 2017 (Jumaat) Masa : Jam 3.00 Petang – 5.00 Petang Lokasi : Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai Peserta : 10 Orang |
Tujuan :
Dashboard Komuniti bagi ‘My Health’ dan ‘My Place’ adalah merupakan aplikasi yang digunakan untuk memeriksa tahap kesihatan komuniti seperti tekanan darah manakala ‘My Place’ digunakan untuk menandakan lokasi-lokasi menarik yang berhampiran dengan Pi1M seperti kawasan perlancongan, makanan, kemudahan dan sebagainya.
Aktiviti :
Para pelajar diberi penerangan berkenaan modul ‘My Health’ dan ‘My Place’. Selain itu, petugas PI1M memberi penerangan tentang cara-cara untuk menggunakan aplikasi tersebut. Para pelajar diajar secara teori dan praktikal bagi kedua-dua aplikasi tersebut.
Lampiran Gambar Aktiviti :
KELAS ICT : ETIKA DAN PERUNDANGAN KOMPUTER
Tarikh : 16 Disember 2017 (Sabtu) Masa : Jam 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari Lokasi : Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai Peserta : 10 Orang |
Tujuan :
Petugas PI1M memberi perkongsian kepada para pelajar mengenai etika dan perundangan semasa menggunakan komputer supaya tidak melanggar garis panduan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan. Setiap pengguna yang ingin menggunakan komputer haruslah mematuhi segala etika dan peraturan yang telah dinyatakan seperti peraturan di dalam makmal komputer.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dilakukan adalah petugas PI1M memberi penerangan ringkas mengenai pengenalan etika dan perundangan dalam penggunaan komputer. Petugas PI1M juga menegaskan kepada semua pengguna komputer supaya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Selain itu, setiap pengguna perlu memasang keselamatan pada komputer peribadi dan akaun media seperti kata laluan komputer dan emel mahupun media sosial supaya tidak dapat diceroboh oleh pengguna yang tidak dikenali.
Lampiran Gambar Aktiviti :
KELAS MULTIMEDIA : FOTOGRAFI
Tarikh : 15 Disember 2017 (Jumaat) Masa : Jam 3.00 Petang – 5.00 Petang Lokasi : Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai Peserta : 10 Orang |
Tujuan :
Petugas PI1M memberi perkongsian kepada para pelajar mengenai ilmu fotografi dan perkakasan fotografi. Selain itu tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang teknik-teknik mengambil gambar dan menghasilkan foto yang terbaik dan berkualiti.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dilakukan adalah penerangan modul fotografi kepada para pelajar. Para pelajar diajar tentang teknik-teknik menggunakan kamera dan teknik-teknik mengambil gambar dengan betul bagi menghasilkan kualiti gambar yang baik.
Lampiran Gambar Aktiviti :
KELAS MULTIMEDIA : VIDEO DAN KUIZ ONLINE
Tarikh : 8 Disember 2017 (Jumaat) Masa : Jam 3.00 Petang – 5.00 Petang Lokasi : Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai Peserta : 10 Orang |
Tujuan :
Petugas PI1M memaparkan tayangan filem ‘Tumbiruo’ di dalam kelas dan ditonton oleh para pelajar. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi penghayatan video kepada para pelajar dan memberi pendedahan serta pengetahuan kepada mereka mengenai teknik pelaksanaan sesebuah video. Selain itu, meningkatkan pengetahuan dan idea mereka untuk menjana pembikinan video pendek pada masa akan datang.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dilakukan adalah tayangan filem ‘Tumbiruo’ kepada para pelajar sebagai tontonan. Para pelajar memberi fokus terhadap tayangan filem tersebut sebelum menjawab kuiz ‘online’ berdasarkan tayangan tersebut. Para pelajar juga diajar untuk menghayati setiap watak dan perwatakan yang terdapat dalam tayangan tersebut.
Lampiran Gambar Aktiviti :
KLIK DENGAN BIJAK : PERANAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM)
Tarikh : 7 Disember 2017 (Khamis) Masa : Jam 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari Lokasi : Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai Peserta : 10 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas tersebut dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan kepada para pelajar mengenai perananan dan tugas utama SKMM. Di samping itu juga, memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan perundangan dan akta yang dikendalikan oleh pihak SKMM. Selain itu, memberitahu kepada para pelajar tentang badan-badan kerajaan yang bekerjasama dengan SKMM.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dilakukan adalah menerangkan peranan dan tugas utama SKMM dalam membanteras kegiatan penggunaan elektronik digital dan penyebaran maklumat palsu secara meluas di media sosial dan media cetak. Selain itu, memperkenalkan para pelajar berkenaan portal rasmi SKMM untuk mendapatkan sebarang info berkaitan SKMM.
Lampiran Gambar Aktiviti :
ENGLISH CENTRAL CLASS (BAHAGIAN 2)
Tarikh : 5 & 6 Disember 2017 (Selasa & Rabu) Masa : Jam 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari Lokasi : Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai Peserta : 8 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas bahasa inggeris ini dijalankan adalah untuk membantu para pelajar dalam penguasaan bahasa inggeris. Selain itu, membantu para pelajar dalam sebutan dan ejaan perkataan dalam bahasa inggeris. Pembelajaran yang diajar adalah sangat mudah dan interaktif. Ini akan menarik minat para pelajar untuk belajar kerana pembelajaran tersebut adalah secara online dan mempunyai audio, video dan animasi.
Aktiviti :
Petugas PI1M memilih modul yang ingin diajar kepada para pelajar dan para pelajar diberi latihan dan tugasan untuk menyebut perkataan yang dipaparkan di dalam video pembelajaran. Melalui pembelajaran tersebut, mereka dapat meningkatkan penguasaan bahasa inggeris mereka dengan lebih baik.
Lampiran Gambar Aktiviti :