mcmc
Laporan Aktiviti

Aktiviti Pi1M Bulan November 2017

KELAS LATIHAN ICT : PEMBENTANGAN TUGASAN KUMPULAN

Tarikh      :  26 November 2017 (Ahad)

Masa       :  Jam 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas tersebut diadakan adalah untuk melatih para pelajar dalam penyampaian maklumat dan berkongsi idea dalam tugasan berkumpulan kepada pelajar-pelajar yang lain. Selain itu, memberi keyakinan kepada para pelajar dalam pembentangan dan keberanian diri apabila berada di hadapan orang ramai.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan di dalam kelas tersebut adalah peserta diberi latihan untuk mencari maklumat mengenai kronologi komunikasi dalam internet. Selain itu, peserta diberi latihan dalam penggunaan microsoft power point untuk membuat pembentangan. Peserta diajar cara untuk berkomunikasi dalam penyampaian maklumat dengan betul dan tepat.

Lampiran Gambar Aktiviti :

 

KELAS LATIHAN ICT : PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KRONOLOGI

Tarikh      :  25 November 2017 (Sabtu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan perkembangan teknologi mengikut kronologi masa. Selain itu, berkongsi ilmu berkenaan alat perhubungan yang digunakan pada zaman dahulu sehingga kini. Dengan perkongsian ilmu ini, para pelajar dapat mengetahui serba sedikit berkenaan dunia ICT agar tidak ketinggalan zaman.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan di dalam kelas tersebut adalah peserta diberi latihan pengenalan komputer dan sejarah perkembangan penciptaan komputer mengikut peredaran zaman. Selain itu, peserta mengetahui jenis-jenis komputer dan perkakasan komunikasi yang digunakan pada zaman dahulu sehingga sekarang.

Lampiran Gambar Aktiviti :

 

ENGLISH CENTRAL CLASS

Tarikh      :  25 November 2017 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi – 1.00 Tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  9 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas bahasa inggeris ini dijalankan adalah untuk melatih para pelajar dalam meningkatkan lagi kosakata penggunaan bahasa inggeris. Selain itu, dapat menjadikan kemahiran pembelajaran tambahan kepada para pelajar kerana pembelajaran tersebut adalah secara interaktif, jadi para pelajar boleh mengetahui tahap penguasaan pembelajaran mereka.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan di dalam kelas tersebut adalah  peserta dapat meningkatkan kemahiran menyebut perkataan-perkataan dalam bahasa inggeris dengan betul dan baik. Selain itu, peserta dapat mempelajari teknik menghafal dan menulis kembali ejaan bahasa Inggeris dengan betul dan tepatPeserta dapat meyakinkan diri sendiri untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan lebih yakin dan baik.

Lampiran Gambar Aktiviti :

 

KELAS ASAS MENAIP : MICROSOFT WORD

Tarikh      :  20 November 2017 (Isnin)

Masa       :  Jam 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  8 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas asas menaip ini dijalankan adalah untuk memberi latihan kepada para pelajar dalam menggunakan perisian bertulis seperti microsoft word dan power point. Selain itu, membiasakan para pelajar dalam menggunakan papan kekunci supaya dapat menaip lebih pantas dan betul.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan di dalam kelas tersebut adalah  peserta diberi latihan menaip dokumen supaya dapat meningkatkan kemahiran menaip dalam microsoft word. Selain itu, peserta dapat membiasakan diri dengan penggunaan papan kekunci dan perisian microsft word. Peserta dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam microsoft word dari segi penggunaan margin, jadual, perenggan, simbol dan nombor.

Lampiran Gambar Aktiviti :

 

PENGENALAN APLIKASI MYHEALTH SEMPENA HARI DASHBOARD KOMUNITI PI1M

Tarikh      :  18 November 2017 (Sabtu)

Masa       :  Jam 12.00 Tengahari – 1.00 Tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  23 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas dijalankan adalah untuk memberi makluman kepada komuniti sekitar PI1M berkenaan aplikasi terbaru PI1M iaitu dashboard komuniti, antara salah satu modulnya adalah My Health. Para pengunjung boleh datang berkunjung ke PI1M untuk membuat pemeriksaan kesihatan tekanan darah.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan di dalam kelas tersebut adalah para pengunjung diberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma di PI1M dengan menggunakan aplikasi myhealth. Selain itu, para pengunjung diberi khidmat nasihat tentang kesihatan oleh petugas PI1M. Para pengunjung juga dapat mengetahui akan tahap kesihatan mereka dengan melakukan pemeriksaan tekanan darah di PI1M.

Lampiran Gambar Aktiviti :

 

PENGENALAN APLIKASI MYSHOP SEMPENA HARI DASHBOARD KOMUNITI PI1M

Tarikh      :  18 November 2017 (Sabtu)

Masa       :  Jam 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  30 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas dijalankan adalah untuk memberi makluman kepada komuniti sekitar PI1M berkenaan aplikasi terbaru PI1M iaitu dashboard komuniti, antara salah satu modulnya adalah My Shop. Platform My Shop ini digunakan oleh para usahawan yang mempunyai produk untuk dijual secara atas talian. Ini akan memudahkan lagi perniagaan produk usahawan lebih maju dan meluas dari segi promosi.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan di dalam kelas tersebut adalah para pengunjung diajar cara untuk mempromosikan produk perniagaan mereka di dalam aplikasi myshop ini. Selain itu, aplikasi myshop dapat memudahkan lagi para peniaga dan usahawan untuk meningkatkan hasil perniagaan mereka secara atas talian. Aplikasi myshop ini juga memberi penjimatan masa dan tenaga kepada usahawan sepanjang mempromosikan produk mereka kepada pembeli.

Lampiran Gambar Aktiviti :

 

PENGENALAN APLIKASI MYSOAL SEMPENA HARI DASHBOARD KOMUNITI PI1M

Tarikh      :  18 November 2017 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi – 2.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  30 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas dijalankan adalah untuk memberi makluman kepada komuniti sekitar PI1M berkenaan aplikasi terbaru PI1M iaitu dashboard komuniti, antara salah satu modulnya adalah My Soal. Platform My Soal ini digunakan oleh para komuniti setempat untuk membuat sebarang aduan atau permasalahan kampung.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan di dalam kelas tersebut adalah Para pengunjung diberi tunjuk ajar cara-cara untuk menggunakan aplikasi mysoal dalam dashboard komuniti. Selain itu, Para pengunjung diberi kemudahan untuk membuat sebarang aduan berkenaan permasalahan komuniti melalui aplikasi mysoal. Dapat memberi kepuasan kepada para pengguna aplikasi mysoal kerana semua masalah yang dihadapi dapat diluahkan dan dikongsi bersama komuniti lain melalui aplikasi ni.

Lampiran Gambar Aktiviti :

 

PENGENALAN APLIKASI DASHBOARD KOMUNITI PI1M SEMPENA HARI DASHBOARD

Tarikh      :  18 November 2017 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi – 2.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  64 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas dijalankan adalah untuk memberi makluman kepada komuniti sekitar PI1M berkenaan aplikasi terbaru PI1M iaitu dashboard komuniti, antara modul yang terdapat dalam aplikasi dashboard tersebut adalah My Komuniti, My Soal, My Shop, My Place dan My Health. Aplikasi dashboard ini akan memudahkan lagi komuniti untuk menerima maklumat atau pengumuman aktiviti di sekitar kawasan tempat tinggal.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan di dalam kelas tersebut adalah para pengunjung diberi pendedahan mengenai aplikasi terbaru dalam penyampaian informasi dan aduan kampung. Selain itu, para pengunjung diajar cara-cara memuat turun dan mengggunakan aplikasi tersebut di dalam komputer atau telefon pintar. Dapat meningkatkan pengetahuan para pengunjung yang menggunakan aplikasi ini agar menjadi lebih cepat dan menjimatkan masa dalam penyampaian maklumat kepada komuniti.

Lampiran Gambar Aktiviti :