Keusahawanan – EmpowHER
Nama : Noorul Huda Binti Hashim
Umur : 47
Ahli : 30 November 2016
Latar Belakang
Puan Noorul Huda merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, namun mengisi masa lapangnya dengan berniaga pelbagai kuih sejuk beku di rumah. Selain itu, beliau juga menjual barangan lain seperti pakaian bundle, handsock, barangan produk Najehah dan sabun pencuci. Beliau juga ingin membantu meringankan beban suaminya yang baru sahaja diberhentikan kerja atas faktor kesihatan.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan NADI
Sebelum menghadiri kelas ini, beliau tidak didedahkan dengan kemahiran keusahawanan. Beliau tidak tahu bagaimana untuk mempromosikan produknya kepada para pelanggan.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan NADI
Dengan menyertai sesi pembelajaran keusahawanan di bawah perkhidmatan pintar keusahawanan di NADI, kini beliau memahami dan terus belajar untuk mendapatkan ilmu di dalam perniagaan. Beliau juga, menyertai jualan di Bazar Raya@NADI yang dianjurkan oleh pihak NADI. Beliau juga telah menyertai beberapa kelas keusahawanan di NADI seperti kelas canva dan kelas keusahawanan (Prenuer & Empowher). Kini, beliau telah berjaya membuka sebuah kedai berhampiran di NADI untuk meluaskan lagi perniagaannya kepada komuniti.


